Jadigitu.com ~ Terdapat banyak penulis buku motivasi yang menulis daripada sudut yang
berbeza-beza. Mereka memberi penerangan melalui pengalaman dan pembacaan
untuk membantu memberi motivasi kepada pembaca-pembaca mereka. Mereka
menceritakan kunci kejayaan mereka dan menjadi inspirasi kepada orang di
sekeliling mereka.
Berikut adalah antara kunci motivasi beberapa orang yang saya kenali:
1.Peristiwa silam yang menyedihkan
Peristiwa silam yang menyedihkan seperti kematian ibu bapa pada usia
muda kadangkala menyebabkan si anak mahu berusaha bersungguh-sungguh
kerana dia tahu dia tidak mempunyai tempat untuk bergantung. Ada juga
yang pernah berada dalam keadaan miskin tegar dan tidak mahu lagi
kembali ke situasi itu, meyebabkan dia berusaha lebih keras agar tidak
jatuh.
Melihat kejayaan orang lain
Kadangkala melihat kejayaan orang lain memberikan inspirasi kepada
seseorang untuk megikut jejak langkah orang itu untuk menempa kejayaan
yang sama.
2. Amanat orang tersayang
Amanat orang tersayang seperti ibu, bapa, suami, isteri atau kekasih
mampu menyuntik semangat yang membara ke dalam diri seseorang. Kerapkali
kita melihat dalam filem seorang gadis memberi sapu tangan sebagai
tanda ingatan kepada teman lelakinya ketika berjuang mendapatkan
sesuatu.
3. Mahu mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup
Ada juga yang mendapat motivasi untuk melakukan sesuatu kerana mereka
mahu mencapai sesuatu yang lebih baik dalam hidup. Orang begini
selalunya suka mencari kemajuan dalam hidup, sentiasa mencari peluang
dan cabaran baru. Mereka juga selalunya mempunyai taraf hidup yang lebih
baik daripada orang lain.
Kunci motivasi diri saya pula adalah untuk menjadi diri saya yang lebih
baik setiap hari. Saya suka bertanding dengan diri saya sendiri. Saya
suka mencabar diri saya sendiri untuk menjadi lebih baik dalam
kerja-kerja yang saya lakukan. Untuk lebih memberikan motivasi kepada
diri saya sendiri, saya suka membaca buku-buku yang ditulis oleh
orang-orang yang telah mencapai kejayaan dan menghadiri beberapa
persidangan tertentu. Setiap kali saya habis membaca buku atau
menghadiri persidangan, tahap motivasi saya menjadi lebih tinggi dan
saya boleh menangani cabaran yang lebih besar dalam hidup saya.
Bagaimana pula dengan anda?
Apakah kunci motivasi anda?
Sumber:http://r0edin.blogspot.com/2012/07/cari-kunci-motivasi-diri-anda.html
{ 0 komentar... Skip ke Kotak Komentar }
Tambahkan Komentar Anda